NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian dan Mahir Baiki Gadjet Minggu – 4

3 - 7 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

3 – 7 Ogos 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian dan Mahir Prompt Enginer Minggu – 4. Seramai 2 orang peserta telah menghadiri kelas mahir di NADI.

Kelas Mahir Agri (Pertanian) – Modul ke 4 ini, merangkumi asas pengurusan dan kawalan serangga perosak dalam pertanian. Peserta didedahkan kepada jenis-jenis serangga perosak, tanda dan kesan serangan terhadap tanaman serta kaedah mengenal pasti perosak dengan betul. Selain itu, peserta mempelajari kaedah kawalan secara fizikal, biologi dan penggunaan bahan kawalan yang sesuai. Penekanan turut diberikan kepada langkah keselamatan, penjagaan tanaman serta amalan pengurusan perosak yang berkesan bagi memastikan tanaman kekal sihat, subur dan menghasilkan hasil berkualiti.

Kelas Mahir Baiki Gajet – Modul ke 4, peserta mempelajari tentang pengenalan peralatan diagnosis dan teori asas Android. Peserta didedahkan kepada fungsi serta penggunaan peralatan untuk mengenal pasti masalah telefon pintar. Selain itu, peserta mempelajari komponen utama Android, sistem operasi, punca kerosakan, kaedah pemeriksaan asas dan langkah keselamatan semasa menjalankan proses diagnosis. Aktiviti ini membantu peserta memahami cara mengenal pasti kerosakan dengan lebih sistematik serta meningkatkan kemahiran asas dalam penyelenggaraan dan pembaikan telefon pintar secara betul dan selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali